Saturday, July 31, 2010

DEMI ISLAM

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

Friday, October 24, 2008

PENDAPAT AHLI MA`RIFAT TENTANG CINTA


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



M a h a b b a h

Junaid adalah orang yang paling mudah di antara para peserta yang ada. Syaikh-syaikh bertanya kepada Junaid. Junaid menundukan kepalanya dan meneteskan air matanya, lalu berkata: “Seorang yang pergi dari dirinya sendiri, terus menerus mengingat Tuhannya, melaksanakan semua hak-hakNya, dengan mata hatinya, cahaya keagunganNya membakar hatinya, kesucian minumannya berasal dari gelas kelebutan-Nya. Dan yang Maha Kuasa telah menyingkap kegaiban untuknya. Jika dia berbicara, maka hanya demi Allah. Jika dia mengatakan sesuatu, maka hanya dari Allah. Jika dia bergerak, maka hana atas dasar perintah Allah. Dan jika dia diam, maka dia bersama Allah. Oleh kerana itu, dia kerana Allah, untuk Allah dan bersama Allah”. Mendengar perkataan ini, para syaikh menangis dan erkata, “Tidak ada lagi selain ini. Semoga Allah membalasmu, wahai mahkota ahli makrifat”.